Assalamualaikum sayang sayang sekalian, boleh nampak tak gap antara post terdahulu dengan post sekarang ? Banyak kan gapnya ? Hahaa okay lama sangat tak update blog. Blog ni dibiarkan bersawang. Actually aku ingat blog ni dah tak wujud , tapi bila try cari balik, nahh ada lagi rupanya. Seperti biasa, introduction aku memang takde manfaat.
So sekarang dah pun tahun 2015 and im officially 18. Banyak sangat perubahan yang berlaku dalam hidup aku, perubahan yang aku jangka dan yang tak pernah dijangka. Macam biasa aku cuma akan update blog bila ada kelapangan lah macam sekarang ni. Kan dah habis spm and aku pulak tak kerja, plkn pun tak dapat, so mereputlah di rumah bersama novel novel dan ofcos my bae iaitu foodddddd *mata penuh love*
Aku pun tak tahu tujuan utama aku post entry ni, maybe nak bagitahu yang aku masih wujud dan aku dah tak tahan asyik mereput je. Nak hang pun masing masing dah kering, iyalah asyik berbahagia dekat rumah, duit nak masuk celah mana kan? Lagipun mak aku bukan jenis "ye nak ambiklah dua tiga ratus dalam beg ibu tu pastu gi shopping" bila aku mintak "ibu nak duit sikit" nonono mahu mintak kapak di mukakah ? Ahaahaha mak aku tak kejam kay.
Dah aku macam dah lari topik lah pulak. Okay okay , aku nak cakap about azam 2015 actually. Kau macam tak tahu aku mana pernah ada azam, kalau ada pun mesti hangat hangat tahi ayam je. So aku tanak give up and try berazam lagi untuk tahun 2015 ni. Apa azam aku ? First and foremost mestilah aku nak mantapkan lagi amal ibadat aku, dunia dah nak kiamat kut. Aku nak perbaiki diri, cuba nak jadi muslimah yang bukan sekadar gelaran sahaja. Cuba nak jadi penyejuk hati ayah bonda dan sanak saudara, penyejuk hati sekalian umat manusia. Ehh puitis pulak. Azam yang seterusnya tu aku malas pulak nak hurai sebab azam aku banyak tapi entah lah dapat tercapai or tak.
So lepas ni insyaAllah lah aku akan rajin mengupdate blog, tapi maybe akan jadi jaranglah sebab susah lah update pakai phone, laptop rosak and sementara nak tunggu nak beli laptop baru, aku kena setelkan lesen lesen dulu baru boleh beli laptop. Jadi kalau ada kelapangan waktu lagi bolehlah aku share apa apa yang patut kan.
So i'll be here soon. Bye guys. Love xoxo
No comments:
Post a Comment